Pada pertengahan tahun 2017, pihak Anamah Saham Nasional Berhah (ASNB) telah melancarkan portal MyASNB. Dengan portal ini, semua pelabur didalam semua dana ASNB boleh menyemak baki pelaburan dan juga menambah pelaburan didalam talian. Tidak perlu lagi besusah payah pergi ke pejabat ASNB ataupun ajen bank untuk melaksanakan urusan tersebut.
Untuk tujuan ini, anda perlu mendaftar di portal MyASNB. Walau bagaimanapun sebelum membuat pendaftaran, anda perlu pergi ke pejabat ASNB ataupun ajen bank untuk mengemaskini data dan mendaftar nombor telepon bimbit bagi menerima TAC (Transaction Authorization Code). TAC adalah amat penting bagi akaun di laman web.